Pages

Tuesday, November 22, 2011

#05 Wordless Wednesday | Goodbye

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang description

nak tahu lebih lanjut

Monday, November 14, 2011

Chill


Fuhh , first day examination feel like arghhh , very disappointed today but I was lucky because my love is always with me . She's going to calm me down . Im feel better now . Thanks a lot my dear .

Tomorrow is another chance , do the best Fared!

p/s : tomorrow I will sit for English paper, so I try to practice to update a blog in English. Ignore if you do not like . and so sorry my blog is more to diaries

Friday, November 11, 2011

Ucapan Terakhir Sebelum SPM

Assalamualaikum ,

   Aku di sini ingin mengucapkan selamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia kepada seluruh pelajar tingkatan 5 yang mengambil peperiksaan ini , aku mengambil kesempatan untuk meminta maaf atas segala kesalahan jika ada terlanjur kata , bergurau yang menyakitkan hati (well you know me). Halalkan segala ilmu yang dicurahkan atau apa-apa benda yang belum dihalalkan lagi . Semoga dipermudahkan & tenang semasa menjawab soalan . Buat yang terbaik ok terutama kepada yang rapat dengan aku , aku doakan yang terbaik untuk korang , boleh berjaya sama-sama nanti .
----------------------------------------------------------------------------------
View Dewan Exam

Semoga tempat ini akan meninggalkan 1001 kenangan

WP029A088 fuhh 8A , amin

Pusat WP029 , semoga membawa seribu kejayaan kepada aku dan yang lain

kelas ni memang buruk rupa die , tapi itu semua tak penting , yang penting aku nak buat TERBAIK
*diharap dapat dijadikan kenangan abadi dalam hidup aku
----------------------------------------------------------------------------------
Gambar Kelas 5 Multimedia 2011

5 Multimedia di Makmal Komputer

Classmate 5 Multimedia yang rock

Gambar Latest all boy

Jantan 5 Multimedia

semoga menjadi ingatan kepada semua , lepas ni aku comfirm semua akan rindu zaman sekolah . Rindu nak tinggal zaman sekolah ni sebenar-benarnya , dah tak boleh gelak sama-sama , dah tak lepak makan sama-sama masa rehat . Nak menangis post blog untuk kali ni :((

5 Multimedia
-Izuddin
-Amir Ilham
-Aiman
-Hafizi
-Faizal
-Khidir
-Najib
-Alif
-Fatin Fazera
-Amira Shafiqah
-Afiqah
-Shifa'
-Era Arika
-Sathesh
-Poonarasu
-Edwin
-Wai Kit
-Wai Hong

aku ingat korang ni , tapi korang jangan lupe aku pulak!
----------------------------------------------------------------------------------

Thursday, November 3, 2011

Sijil Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum ,


First sekali aku nak cakap yang aku rindu kat blog aku ni , dah lame sangat tak buka , al-maklumlah nak dekat SPM ni . Taknak cerita panjang pasal benda lain , just nak ingatkan diri sendiri pasal hari besar yang bakal tiba tak lama je lagi ni . Emm , aku sebenarnya takut untuk menghadapi SPM ni , tapi nak buat macam mane , setiap orang pasti melalui benda yang sama . Mintak-mintak semua berjalan dengan lancar , tapi aku takut menyesal masa ambil result nanti , sebab aku dah banyak buang masa daripada belajar , so far sekarang ni aku dah mula sedar & aku baru terhegeh-hegeh isi masa lapang dengan study je . Tapi aku rase dah agak terlambat aku sedar ni , tapi macam mane pun hidup ni kena teruskan jugak walau banyak masalah mendatang .


Buat masa sekarang ni aku agak pening kepala memikirkan macam-macam benda . Lagi satu aku asyik terfikir plan lepas habis sekolah je banyak , benda ni sangat mengganggu tumpuan aku . Lagi satu benda yang selalu sangat bermain kat fikiran aku aku ni "macam mana lah lepas habis sekolah nanti , masing-masing dengan haluan sendiri" . Semua akan menghilangkan diri ? Semua dah takde gelak sama-sama ? Oh tidak ! aku tak boleh terima semua tu , perit kot semua benda tu . Arghhh .....

Lepas SPM ni aku bercadang nak sambung balik dunia berblogging , itupun kalau rajin & tak busy . Aku rase nak buat blog bentuk peribadi , dah taknak bagi orang bace :P *konon

Akhir kata ,
Semoga berjaya kepada semua calon yang bakal menduduki SPM 2011!

Wednesday, September 14, 2011

#04 Wordless Wednesday | Halus


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang description

nak tahu lebih lanjut

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum kepada semua , saya di sini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam terutamanya kepada saudara mara terdekat , guru-guru , blogger-blogger dan rakan-rakan , saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua andai terkasar bahasa , tersilap cakap , termarah yang tak kena , tertanya tak tentu hala , tersasul cakap , terpukul kat mana-mana , termoody , terumpat bila-bila . Semoga dimaafkan zero-zero balik okay! Kire burn lah ye

Serangkap pantun mengakhiri ucapan aku ni ye :

Sungai disusur sehari-hari ,
Dalam gelap menangkap ikan ,
Saya menyusun sepuluh jari ,
Salah dan silap harap maafkan .

Yang Ikhlas ,
Fared Abdullah

Wednesday, August 24, 2011

#03 Wordless Wednesday | Edisi Raya

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang description

nak tahu lebih lanjut

Thursday, August 18, 2011

Definisi Talam Dua Muka

Assalamualaikum semua , hari ni aku nak share sikit pasal talam dua muka ni sebab ada kaitan dengan kehidupan seharian aku ni . Aku bukan nak cerita pasal sesiapa ok , aku nak share pendapat je kat sini .

Alkisah , manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya . Sebab ape aku cakap merbahaya? Satu sifat paling ketara tentang talam dua muka ini ialah pandai bermuka-muka . Manusia yang menutupi raut wajahnya yang menyimpan 1001 rahsia ditutupi dengan topeng . Di depan kita dia baik , tetapi dalam masa yang sama di depan kita jugak .

Ada jugak yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin . Jenis macam ni memang banyak dalam dunia sekarang ini . Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan . Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Ya , selalu , setiap hari , setiap masa . Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari . Ya , kadangkala terpaksa disebabkan orang sekeliling pun berperangai sebegitu dan aku jugak tak nak orang kecil hati dengan aku disebabkan benda yang kita tak suka dia buat , kita terpaksa simpan di dalam hati , buat-buat macam tiada apa-apa yang berlaku , aku jugak cuba sedaya upaya elakkan perangai yang hina sebegini sebab kita dianggap munafik .

Manusia talam dua muka ni sebenarnya memang tak boleh dipercayai langsung sebab di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita , habis satu dunia dia buat cerita itu ini kat kita . Talam dua ini sama jugakmacam hipokrit , suka menipu untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam , orang macam ni boleh dianggap munafik . Jangan main-main , taki it serious . Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji . Sikap orang sekarang hmm

Talam muka memang pandai mengambil kesempatan melalui tipu muslihatnya dengan berselindung disebalik raut muka yang baik , tapi allahualam . Kadangkala kita juga boleh dipergunakan oleh orang-orang yang sedemikian kerana terpedaya dengan lakonannya . Sifat talam dua muka ni jugak boleh memecah belah kan perpaduan antara satu sama lain .


p/s : so renung-renungkanlah tentang perbuatan Talam Dua Muka ni . Jangan wujudkan sifat ni dalam diri & dalam kehidupan seharian , aku tak tujukan kepada sesiapa , tetapi bersama mengingati benda yang perlu kita jauhi ni .

Monday, August 15, 2011

Cara Menunggu Waktu Berbuka


Assalamualaikum kepada semua para pembaca sekalian , hari ini sudah 15 hari umat Islam berpuasa , aku pun telah membuat pemerhatian berkaitan aktiviti golongan penggemar laman sosial khusunya kaki online sementara menunggu waktu berbuka puasa . Rasanya korang pun mesti pernah buat jugak macam ni

1. Main #Hashtag kat Twitter
keseronokan bermain Twitter akan membuatkan kita tak tengok jam , lagi-lagi tengah seronok main #hashtag yang tengah trending macam #alasanBreakUp , #replacebandnamewithbangla , #replacemoviesnamewithbacon dan lain-lain lagi , hashtag ni memang buat kita tak ingat dunia lah , ade yang dok tweet sampai limit , padan muke .

2. Karaoke kat Youtube
melalak kat youtube nak test suara sendiri yang merdu tu . Diorang suka karaoke kat youtube sebab best , lagi-lagi ade lirik , takdelah salah lirik , boleh feeling-feeling sikit . Boleh #ss hahaha , orang bukan tahu pun . Lagi satu tempat nak karaoke yang best kat >KaraokeParty< , kat web ni boleh tahu ranking kita sama ada suara kita sedap ke sedak .

3. Update Blog
ramai jugak blogger yang ambil kesempatan sementara tunggu waktu berbuka . Lepas tu kalau dah ready untuk publish diorang kebiasaannya akan publish masa sebelum/selepas berbuka puasa . Buktinya , lepas aku berbuka , aku online je ramai blogger yang post update terbaru kat group-group blogger masing-masing .

Bagi yang kita tak nampak diorang online tu mesti diorang .....

4. Tidur
melakar peta dunia atas bantal diiringi mimpi-mimpi indah . Bila waktu berbuka je baru nak bangun , ishishish


p/s : Enjoy reading ! Aku nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Adhwa Najaa , Mohamad Syaifuddin & Mohamad Nazrin hari ini ! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki :)

Wednesday, August 10, 2011

#02 Wordless Wednesday



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang description

nak tahu lebih lanjut

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian , pertama sekali aku nk ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak esok , diingatkan kepada sahabat yang beragama islam dalam tingkatan 5 , tahun ini memang tak boleh enjoy sangat sebab lepas cuti raya je dah start trial SPM , fening fening .

#blogdahbersawang

Saturday, July 2, 2011

Maksud Nama Nama Jenama Kereta

BMW: Brings Me Women.

LEXUS: Luxury EXports to United States.

FIAT: Failure in Italian Automotive Technology.

FORD: For Only Romantic Drivers

HYUNDAI: Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive.

VOLVO: Very Odd Looking Vehicular Object.

KIA: Kills In Accidents

OPEL: Old People Enjoying Life

TOYOTA: The One You Only Trust, Always

PROTON: Powerwindow Rosak Oooh Tidakk Ohhhh Noooo

p/s : article copy paste je , credit to >syok.org<

Sunday, June 19, 2011

Segmen Khas

Assalamualaikum ,

heeee kita lihat siapa yang bertuah , akhirnya baru sampai follower ke-100 , saya masih baru lagi dalam dunia blogging ni , teruja jugak lah baru mencapai 3 angka follower , terima kasih >daty<




p/s : saya amat menghargai semua follower saya :)

Saturday, June 18, 2011

Makna Kepercayaan

Assalamualaikum ,

Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan.

Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.

Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.


Sepatah dua kata daripada aku berkaitan dengan post kali ini - untuk mendapatkan kepercayaan tak semudah yang kita sangkakan , bagi aku kalau kita terlalu percayakan orang lain pun kadangkala memakan diri kita jugak . Disebabkan itu aku tak percaya 100% kat kawan walaupun aku baik dgn seseorang , al maklumlah hati manusia senang berubah ubah . Akhir kata , kawan yang kita anggap baik kadang kadang macam buah oren , luar cantik dalam masam , yang jahat macam durian , luar tajam dalam manis yang bermaksud orang luaran nya baik tidak semestinya dalaman dia baik , orang yang muka dia brutal tapi hati dia taman , lebih kurang macam tu lah :)

p/s : sorry takde gambar , aku tahu kalau tengok pada penulisannya amat membosankan , tapi kalau korang bace korang akan faham ape maksud yang tersirat ape yang aku cuba sampai kan

Sekian

Thursday, June 16, 2011

Selamat Hari Jadi Aiman & Hafizi yang ke-17


Selamat Hari Jadi Aiman & Hafizi
semoga panjang umur murah rezeki
semoga mencapai cita cita
semoga tak meniru gune pembaris lagi bagi hafizi
kurangkan berangan bagi aiman

hehe :)

Wednesday, June 15, 2011

#01 Wordless Wednesday

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang description

nak tahu lebih lanjut

Monday, May 23, 2011

Rakyat Malaysia perlu kurangkan SMS !!!



Assalamualaikum , hari ni nak cerita sikit pasal kecacatan yang dialami oleh segelintir rakyat malaysia . Bukan sengaja nak buat post memburukkan rakyat malaysia , tapi aku tulis sebab betul benda ni mmg dah jadi fenomena kat Malaysia kan ? Aku memang dah lame nak tulis pasal post ni sebab nak menyatakan ketidakpuashatian kepada segelintir rakyat malaysia yang begini , aku mintak maaf sangat sangat kalau reader ni terasa ke ape kan . I want tell the truth .

Lagi satu aku dah pernah tengok ade blogger dah post tajuk macam ni , mintak maaf ye kalau marah post saya sama dgn mane2 blogger ke ? Sebab ini je tajuk sesuai nak letak untuk luahan hati aku kepada segelintir rakyat malaysia ni .
Peace no War !

Kita sendiri boleh melihat dengan mata kita yang dianugerahkan oleh tuhan , macam mane rakyat Malaysia hantar SMS . Ade orang yang menyatakan ketidakpuashatian die melalui tumblr die . Sila tengok gambar di bawah


Ini dah jelas menunjukkan bukan aku seorang je yang benci orang gune short form sampai mengarut ngarut tahap gaban ! Ya Allah cuba lah eja tu elok elok sikit , macam baru belajar mengeja pun ade , macam tak cukup sifat pun ade aku tengok , bukan nak tujukan kat mane mane pihak lah , kadang kadang kita pun buat salah juga , mane ade manusia tak pernah buat salah . Emm , tak faham sungguh lah , cuba eja full ? takde masalah kan ? Lain lah kau pakai #Nokia 3310 , sebab yang tu huruf die terhad 160 je , tu kene faham lah .

Lagi satu contoh kat bawah ni , dipetik dari Facebook , ini bukan tujuan mengaibkan orang , tapi gambar ni dijadikan sebagai contoh tahap penulisan rakyat malaysia , gambar ni pun dipetik dari Tumblr .

(click untuk tumbesaran)


Emm , setakat ni jelah contoh , lagi banyak contoh lagi malas orang nak bace , lagi satu lagi sakit hati aku tengok post ni nanti sebab tulis bende yang aku tak suke

Akhir kata , Mintak maaf bebanyak kepada sesiapa yang terasa , aku takde niat nak menyinggung mane mane pihak , aku pun tak perfect eja eja ni , tapi tak seteruk contoh kat atas , peace no gaduh gaduh :)

p/s : yang tak faham bahasa tu layak pakai yang ni je kot ? hehe , gurau je :P

Friday, May 20, 2011

Perbezaan Menonton Movie Dekat Cinema & Mononton Movie dekat PC


As Salamualaikum ! hari ini aku nak cerita sikit perbezaan menonton movie kat cinema dgn menonton movie kt PC , beza tak ? berbeza dari segi view die je & situation die je , tapi cerita die same tak boleh berubah dah , so dah dapat beza kan ? hehe :) kita kongsikan bersama



Emm , kalau tengok movie kat cinema ni memang feeling , sebab :
- screen besar kalah size tinggi dinding rumah kite
- happening kalau tengok movie yg comedy ramai2 sebab pecah perut gelak
- excited tengok sebab nak tunggu ending die
- sound effect yang gile kuat seolah olah kite pun ade dlm cerita tu
- tak boleh press button fast foward ke ape , harap bersabo jelah


papehal pun yang ni kalau menonton movie dekat PC



- screen lebih kecil berbanding cinema
- bunyi yang bercampur aduk
- gambar tak lawa , menyebabkan tak selera nak tengok
- selalu tersangkut sangkut , kacau feeling kalau tegok movie yang jenis cintan cintun
- kalau download yang gambar curi kt cinema tu , mulelah nampak kepale orang
- lagi satu tengok kt rumah kalau sape yang duduk dgn family , mulelah memekak kan ?
- kalau tengok kt Pc mulelah gatal tangan nak fast forward semua


Berdasarkan perbandingan aku buat ni , aku dah buat pilihan , aku nak tgok cerita Fast Five kt cinema , orang ramai kate best , mase tu teringin nak tegok cerita Kongsi , tapi tak best pulak orang ramai kate , so Fast Five lah jawab nye *wink wink


Sunday, May 15, 2011

Edisi Khas : Selamat Hari Guru !


Assalamualaikum , sempena 16 mei ni , aku merajinkan diri meng"update" blog pasal Hari Guru sebagai tanda terima kasih kepada guru guru yang pernah mengajar walaupun aku ni nakal lah , malas nak buat kerja cikgu , ponteng kelas , terkurang ajar , terkasar bahasa , semua yang berkaitan dgn ter ter tulah , tapi itu dulu lah , sekarang semua sudah berubah , alhamdulilah , dengan berkat doa ibubapa .Pemilihan kawan yang betul jugak tak mendorong aku melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti ponteng sekolah , ponteng kelas . Aku rase menyesal sangat buat bende2 tu sebab dulu aku selalu ponteng kelas agama , dulu ustazah anti gile aku , tahun ni aku azam taknak buat bende2 tu lagi , alhamdulilah ustazah dah tak anti aku lagi , lagi2 aku bersemangat sebab ustazah dah byk bagi aku sedar , menyesal aku menyumpah cikgu dulu2 . heeee , tu dulu perkara lama , aku takkan ulang lagi , lagipun tahun ni aku nak SPM dah , bile lagi aku nak belajar betul2

terCerita panjang lebar pulak pasal perangai aku dulu2 pulak , aku sebenarnye bukan nak cerita pasal aku , tapi nak cerita pasal cikgu lah , dah kate 16mei , hari guru yang ke-40 , yeah memang betul cikgu patut diberi penghargaan sebab cikgu banyak mencurahkan ilmu kepada semua orang , lagipun pekerjaan paling mulia ialah cikgu & doctor kan kan ? So kita hargai lah jasa2 cikgu kita ni , bagi sejuk sikit hati cikgu , terima kasih kepada Cikgu Hambali (guru kelas/guru multimedia) , Cikgu Sharihan (guru mathematics) , Cikgu Azreen (guru bahasa melayu) , Cikgu Chong (guru English) , Cikgu Hafiza (guru Seni) , Ustazah Norzan (guru Agama) , Cikgu Hana (guru Science) , Cikgu Ravi (guru Sejarah) kerana sudi mencurahkan ilmu kepada aku , tak lupe jugak cikgu sekolah rendah dulu Cikgu Rozita (guru Mathematics) , Cikgu Soffiyah (guru Science yang kuat merotan) , Cikgu Asmah (guru Bahasa Melayu) , Cikgu Azreena (guru kajian tempatan) , Ustazah Hafizah (guru Agama) , Cikgu Mariana (guru Pengawas Pusat Sumber dulu) dan dan dan paling penting cikgu kesayangan mase sekolah tadika dulu Cikgu Halimah , kalau tak dulu , tak reti lah aku ABC , 123 , Alif Ba Ta . Tu semua mesti nak ingat !

Last Word from me , Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru serta jutaan terima kasih atas jasa yang ditaburkan :)

p/s : tak lupa jugak kepada >Cikgu Shida< yang sedang hot di Youtube :P

Sunday, May 1, 2011

Memilih Kawan ? Penting Ke ?

Assalamualaikum , lame tak update blog nie , sebab macam2 masalah berlaku . hmmm , aku post tajuk nie sebab die berkaitan dgn masalah aku nie , berbalik kepada tajuk utama aku "Memilih Kawan ? Penting ke ?" Korang rase penting tak ? Bagi aku , penting sebabnya kalau takde kawan siapa lagi korang nak mintak pertolongan mase susah senang . TAPI kene ingat , semasa kita berkawan , kita mestilah tahu menilai kawan kawan yang kita berkawan tu baik atau sebaliknya . Kalau kt KL nie budak2 lebih mementingkan status kawan kawan itu daripada kelakuannya , sebab itulah budak2 kt KL nie banyak yang teruk2 . Diorang tahu nak kawan dengan yang hotstuff je , yang hottstuff tu pun kite taktahu asal usul die dari mane kan ? kite berkawan dgn seseorang kite mesti tahu jugak salasilah keluarga die macam mane ? Kalau bapak die pun kaki joli , normal lah anak die pun macam itu , bak kate orang dulu2 bapak borek anak rintik .


Pemilihan kawan tu penting jugak , sebab kalau kita ikut orang yang kuat iman , kita pun automatic jadi macam tu , kawan kawan ni banyak mempengaruhi kita . Kalau kt KL ni ibubapa tak ambik berat kat anak anak die , taktahu lah , KL ni bandar yang penuh dgn cabaran . Berwaspadalah dengan sikap anak anak tu , ambil tahu dgn siapa anak kite berkawan , kemana anak kita keluar .


Bagi aku kan , kite kene cari kawan kawan yang sentiasa melindungi kita , sentiasa berkongsi masalah . Itu penting sebab nanti korang takde tempat nak luahkan perasaan selain makbapak .


Lagi , korang kalau nak berkawan carilah kawan yang suka bercakap perkara yang berfaedah , lagi korang kenelah cari kawan kawan yang suka menghalang daripada kita melakukan kemungkaran , kawan yang suka memberi pendapat untuk kebaikan , dan kawan kawan yang bijak menyelesaikan perselisihan faham


Carilah kawan yang baik akhlaknya , baik budi bahasanya , baik perlakuannya . Carilah kawan yang memahami diri kita dan sentiasa membawa kita ke jalan yang diredhai Allah . Kawan mungkin kita boleh dapat beribu2 . Tapi di dalam beribu itu , belum tentu ada yang sudi menjadi betul2 kawan kan ?


Kita mesti tahu juga jika kita mahukan kawan yang benar2 , kita juga perlu bentuk diri kita menjadi contoh yang baik kepada orang lain . Insyaallah , sekiranya kita berjaya mendidik diri menjadi orang yang baik , maka sudah tentu kita akan dikurniakan kawan yang baik juga. Insyaallah . Amin .


P/S : banyak nie point macam mane nak cari kawan yang betul2 kawan . kalau korang boleh dapat kesemua yang mcm di atas tu insyaallah korang akan berjaya suatu hari nanti , emm sorrylah takde gamba2 , aku tahu korang bosan tgok tulisan je , aku tgah takde idea sangat2 nie , harapp maaf ye

Friday, April 22, 2011

Hargailah


Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.


Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.


Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.


Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.


Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.


Monday, April 18, 2011

Zaman Sekolah

Assalamualaikum to all , entry kali ni sedih sikit , sebab cerita pasal zaman sekolah yang nak ditinggalkan beberape bulan lagi . Berat hati sebenarnya nak tinggalkan alam persekolahan , ade yang tak sabar nak tinggal sekolah , alasannye sebab bebas dari homework yang bertambun ,ade yang cakap boleh simpan rambut panjang panjang , alahai rambut panjang panjang nanti kene potong jugak sebab nak kerje semua nanti (sebenarnye tuan punye blog nie pun nak jugak menyimpan rambut panjang sekali seumur hidup , nak merase lah jugak kan)

Sambung balik cerita tadi , sekarang aku dah dapat rase serba sedikit perasaan lepas habis sekolah nanti disebabkan berkawan dengan orang yang dah tinggalkan zaman sekolah ,ramai yang cakap "sekolahlah elok elok , nanti menyesal" ayat tu famous korg dgr kan , ayat tu jugak jadi perangsang kt aku , tapi aku nie susah sikit sebab mood sentiasa berubahrubah , sekejap rajin sekejap malas , susah sebenarnye nak berubah tapi kenelah usaha lebih sikit , tapi memang aku tgah berusaha lebih , dalam proses buat mase sekarang mmg padat timetable (Isnin - Jumaat sekolah , Sabtu kelas tambahan buat revision form4 punye tajuk , kalau nak study sendiri mmg tak boleh nak masuk kepale lah ,Ahad kene pergi kelas memandu sebab lepas SPM takpayah nak terkejarkejar buat lesen) Fully activities for 1 week . Itu yang buat aku letih sangat plus++ macam macam masalah . Peh belum lagi tuisyen sebab aku tak sedia lagi untuk mengharungi kepenatan yang berlebihan .Aku tak sedia lagi sebab aku dah biase rehat selama 6jam satu hari , kalau tak cukup tido tu masalah sikit , nanti pergi sekolah kuyu je mate ,ttido dalam kelas kang kene marah pulak.

Aku bukan ape nak cerita sangat pasal pengalaman tu buat malu je , aku nak pesan kt korang yang satu hari nanti semua orang yang telah meningggalkan sekolah akan rindu balik zaman sekolah nie , teringat zamanzaman comotcomot dulu ,zaman naruto lah shuffle lah , hahaha , memang susah nak lupe pengalaman tu semua bagi aku dan mungkin pada korang semua sebelum zaman2 bersuami isteri & ade anak suatu hari nanti .Tak tipu nie betul nie , hahaha !

Kesimpulan die aku nak cerita sekarang nie bukan pasal aku , aku nak korang semua banyak habiskan mase dengan kawan2 semua sebab nanti lepas habis sekolah semua dengan haluan masingmasing , korang dah tak jumpe , idea nak tulis pasal nie sebab aku tengok mak aku bile jumpe kawan2 lame die , mmg sadis lah , sebab aku akan lalui benda tu jugak suatu hari nanti .Yang penting sekarang nie korang kena hargai sesuatu nilai persahabatan , jangan menyakitkan hati kawan , selalu meluangkan masa dgn kawan , bile lagi kan ? hmm nanti kalau tak habiskan mase dgn kawan kuranglah peristiwa lawak2 dengan kawan , kawan nie penting sebenarnye , tapi kene pandai jugaklah pilih kawan untuk temph mase yang lame ,hmm , kalau ade bf/gf tu jgnlah cakap bf/gf aku tu lagi penting drpada kau , sebab korang akan menyesal nanti kehilangan kawan , padanlah the muke engkau ! haha . Bukan nak kutuk or perli mane2 pihak tapi kenyataan , kalau nak selamat cakap jelah kawankawan dengan bf/gf tu dua dua penting kan senang.

KORANG MESTI INGAT ZAMAN PERSEKOLAHAN TU MEMBAWA SERIBU ERTI PADA KITA , HARGAILAH DAN GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN . DAN JANGAN LUPA HARGAI NILAI SESEBUAH PERSAHABATAN

p/s : aku sebenarnya tulis untuk syok sendiri , bukan nak sakitkan hati sape2 , korang nak bace korang punye hak , korang nak follow korg punye hak , kite nie sebagai insan biase kene lah hargai je :)





Sicerely,
Fared :)

Cara Melepaskan Perasaan Melalui Tumbr







nilah die , melepaskan geram kat tumblr , hehehe , mehlah singgah tumblr aku >click here<

Pensel ? Seni ?










haaa ? mesti tak percaye kan ? bende sekecil kecil nie pun boleh jadi macam2 bende yang menarik . inilah hasil orang kreatif :)

Tuesday, April 12, 2011

Alat Muzik Yuna ABPBH ?


Assalamualaikum to all , haa mesti ramai tengok ABPBH yang diadakan di Arena of Stars , Genting Highland , tapi yang tak dapat pergi tu jangan sedih2 ye , TV3 kan baik hati , die bagi semua org tengok siaran langsung . Berbalik cerita tadi tu , mesti ramai orang tertanye " hmm ape instrumen yang Yuna gune tu eh ? " Haa , instrumen yg Yuna gune tu Suzuki Q - Chord

Bende nie kite jarang tengok gune kt negare kite nie kan , Yuna nie bguslah sebab die berani cube bawak instrumen yang baru , bukan dapat kutukan , tapi lagi banyak dapat pujian . Emm , act alat tu gabungan daripada keyboard & gitar . Instrumen tu pernah feymes tahun 8o'an gitulah tapi sekarang teknologi die dah moden kan , so die dah perbaharui lah , tapi papepun tahniah Yuna !



Yang penting sekali tahniah kepade Shaheizy Sam sebab menang ABPBH 2010 ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...