Pages

Thursday, August 18, 2011

Definisi Talam Dua Muka

Assalamualaikum semua , hari ni aku nak share sikit pasal talam dua muka ni sebab ada kaitan dengan kehidupan seharian aku ni . Aku bukan nak cerita pasal sesiapa ok , aku nak share pendapat je kat sini .

Alkisah , manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya . Sebab ape aku cakap merbahaya? Satu sifat paling ketara tentang talam dua muka ini ialah pandai bermuka-muka . Manusia yang menutupi raut wajahnya yang menyimpan 1001 rahsia ditutupi dengan topeng . Di depan kita dia baik , tetapi dalam masa yang sama di depan kita jugak .

Ada jugak yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin . Jenis macam ni memang banyak dalam dunia sekarang ini . Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan . Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Ya , selalu , setiap hari , setiap masa . Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari . Ya , kadangkala terpaksa disebabkan orang sekeliling pun berperangai sebegitu dan aku jugak tak nak orang kecil hati dengan aku disebabkan benda yang kita tak suka dia buat , kita terpaksa simpan di dalam hati , buat-buat macam tiada apa-apa yang berlaku , aku jugak cuba sedaya upaya elakkan perangai yang hina sebegini sebab kita dianggap munafik .

Manusia talam dua muka ni sebenarnya memang tak boleh dipercayai langsung sebab di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita , habis satu dunia dia buat cerita itu ini kat kita . Talam dua ini sama jugakmacam hipokrit , suka menipu untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam , orang macam ni boleh dianggap munafik . Jangan main-main , taki it serious . Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji . Sikap orang sekarang hmm

Talam muka memang pandai mengambil kesempatan melalui tipu muslihatnya dengan berselindung disebalik raut muka yang baik , tapi allahualam . Kadangkala kita juga boleh dipergunakan oleh orang-orang yang sedemikian kerana terpedaya dengan lakonannya . Sifat talam dua muka ni jugak boleh memecah belah kan perpaduan antara satu sama lain .


p/s : so renung-renungkanlah tentang perbuatan Talam Dua Muka ni . Jangan wujudkan sifat ni dalam diri & dalam kehidupan seharian , aku tak tujukan kepada sesiapa , tetapi bersama mengingati benda yang perlu kita jauhi ni .

10 comments:

reza al-razi said...

Bahaya punya talam.. Better dia jadi talam dari jadi manusia.. huhu.. ;-)

@ahhleeyott said...

Sokong entri ni seratus peratus.

Pernah alami sbb tu sokong sangat sangat. Hihi.

Kadang kadang, kita hidup berkawan memang tak perasan dgn orang disekeliling kita. Baik kah dia? Teruk kah dia? Itu semua di luar jangkauan kita kan?

Kalau kita berkawan dgn spesis macam ni, seelok nya, kita ignore dia. Kalau boleh, avoid from being friends with them. Biar orang nak kata apa pun, yang penting kita tak mudah jatuh dekat tangan orang yang macam tuu.

Chill, bro :)

fared abdullah said...

@reza al-razi : betul tu !

fared abdullah said...

@ahh-lee-yaa saya setuju dengan cik alyh tu cakap , jangan jatuh di tangan talam dua muka ni

.minah sengal. said...

minah benci orng talam dua tiga muka nih..
rasa nak spak spak jer.bia tinggal satu jer..

fared abdullah said...

@.minah sengal. macam mane nak buat bagi tinggal satu je ? kalau boleh nak jugak buat

misz_proxifurlicious said...

i sakit ati bile pk blk..sbb kwn i cam ni r! satu uma lak 2! huh!! urghhh!!!!!

fared abdullah said...

@misz_proxifurlicious ni berat , kalau satu rumah memang susah lah , sebab kita nak duduk lame dengan die kan , the best way is ignore her

Blog Eazy Izzuddin said...

tak suka lah orang talam dua muka ni...huk2
:)

Unknown said...

assalamualaikum...sy sokong bnde nih,...sbb bnde nii brlaku pd sy skrg,,,so mmg xheran laa...tp mmg mnyakitkan aty...rse nk sepak jerr org brkenaan tuh...thanks laa...post nii amat brmanfaat utk dishare kn...so sy hrap sy bleh share bnde nii spye org brkenaan tahu n sedar diri dgn prbuatannya...astaghfirullah al azim... keep smile jak ..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...