Pages

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum kepada semua , saya di sini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam terutamanya kepada saudara mara terdekat , guru-guru , blogger-blogger dan rakan-rakan , saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua andai terkasar bahasa , tersilap cakap , termarah yang tak kena , tertanya tak tentu hala , tersasul cakap , terpukul kat mana-mana , termoody , terumpat bila-bila . Semoga dimaafkan zero-zero balik okay! Kire burn lah ye

Serangkap pantun mengakhiri ucapan aku ni ye :

Sungai disusur sehari-hari ,
Dalam gelap menangkap ikan ,
Saya menyusun sepuluh jari ,
Salah dan silap harap maafkan .

Yang Ikhlas ,
Fared Abdullah

Wednesday, August 24, 2011

#03 Wordless Wednesday | Edisi Raya

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang description

nak tahu lebih lanjut

Thursday, August 18, 2011

Definisi Talam Dua Muka

Assalamualaikum semua , hari ni aku nak share sikit pasal talam dua muka ni sebab ada kaitan dengan kehidupan seharian aku ni . Aku bukan nak cerita pasal sesiapa ok , aku nak share pendapat je kat sini .

Alkisah , manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya . Sebab ape aku cakap merbahaya? Satu sifat paling ketara tentang talam dua muka ini ialah pandai bermuka-muka . Manusia yang menutupi raut wajahnya yang menyimpan 1001 rahsia ditutupi dengan topeng . Di depan kita dia baik , tetapi dalam masa yang sama di depan kita jugak .

Ada jugak yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin . Jenis macam ni memang banyak dalam dunia sekarang ini . Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan . Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Ya , selalu , setiap hari , setiap masa . Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari . Ya , kadangkala terpaksa disebabkan orang sekeliling pun berperangai sebegitu dan aku jugak tak nak orang kecil hati dengan aku disebabkan benda yang kita tak suka dia buat , kita terpaksa simpan di dalam hati , buat-buat macam tiada apa-apa yang berlaku , aku jugak cuba sedaya upaya elakkan perangai yang hina sebegini sebab kita dianggap munafik .

Manusia talam dua muka ni sebenarnya memang tak boleh dipercayai langsung sebab di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita , habis satu dunia dia buat cerita itu ini kat kita . Talam dua ini sama jugakmacam hipokrit , suka menipu untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam , orang macam ni boleh dianggap munafik . Jangan main-main , taki it serious . Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji . Sikap orang sekarang hmm

Talam muka memang pandai mengambil kesempatan melalui tipu muslihatnya dengan berselindung disebalik raut muka yang baik , tapi allahualam . Kadangkala kita juga boleh dipergunakan oleh orang-orang yang sedemikian kerana terpedaya dengan lakonannya . Sifat talam dua muka ni jugak boleh memecah belah kan perpaduan antara satu sama lain .


p/s : so renung-renungkanlah tentang perbuatan Talam Dua Muka ni . Jangan wujudkan sifat ni dalam diri & dalam kehidupan seharian , aku tak tujukan kepada sesiapa , tetapi bersama mengingati benda yang perlu kita jauhi ni .

Monday, August 15, 2011

Cara Menunggu Waktu Berbuka


Assalamualaikum kepada semua para pembaca sekalian , hari ini sudah 15 hari umat Islam berpuasa , aku pun telah membuat pemerhatian berkaitan aktiviti golongan penggemar laman sosial khusunya kaki online sementara menunggu waktu berbuka puasa . Rasanya korang pun mesti pernah buat jugak macam ni

1. Main #Hashtag kat Twitter
keseronokan bermain Twitter akan membuatkan kita tak tengok jam , lagi-lagi tengah seronok main #hashtag yang tengah trending macam #alasanBreakUp , #replacebandnamewithbangla , #replacemoviesnamewithbacon dan lain-lain lagi , hashtag ni memang buat kita tak ingat dunia lah , ade yang dok tweet sampai limit , padan muke .

2. Karaoke kat Youtube
melalak kat youtube nak test suara sendiri yang merdu tu . Diorang suka karaoke kat youtube sebab best , lagi-lagi ade lirik , takdelah salah lirik , boleh feeling-feeling sikit . Boleh #ss hahaha , orang bukan tahu pun . Lagi satu tempat nak karaoke yang best kat >KaraokeParty< , kat web ni boleh tahu ranking kita sama ada suara kita sedap ke sedak .

3. Update Blog
ramai jugak blogger yang ambil kesempatan sementara tunggu waktu berbuka . Lepas tu kalau dah ready untuk publish diorang kebiasaannya akan publish masa sebelum/selepas berbuka puasa . Buktinya , lepas aku berbuka , aku online je ramai blogger yang post update terbaru kat group-group blogger masing-masing .

Bagi yang kita tak nampak diorang online tu mesti diorang .....

4. Tidur
melakar peta dunia atas bantal diiringi mimpi-mimpi indah . Bila waktu berbuka je baru nak bangun , ishishish


p/s : Enjoy reading ! Aku nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Adhwa Najaa , Mohamad Syaifuddin & Mohamad Nazrin hari ini ! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki :)

Wednesday, August 10, 2011

#02 Wordless Wednesday



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang description

nak tahu lebih lanjut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...