Pages

Tuesday, November 23, 2010

Aku suke kalau begini & aku tak suke kalau begini ....

Holla reader ,

Sudah sekian lame tak update blog , atas sebab sebab tertentu , akhirnye aku dapat buat rangka sikit bende yang boleh di update kt blog mase bosan bosan . Today aku nak cerita pasal bende yang aku suke & tak suke dalam hidup aku nie .

Alkisah ,

Aku suke kalau .....
* orang yang respect kite
* orang yang berbuat baik & tak mengharapkan pape balasan
* hidup aman sejahtera tanpa sebarang masalah
* orang yang adil & selalu menegakkan keadilan
* orang yang berfikiran matang & berpandangan jauh
* orang yang cool & rileks
* orang yang selalu melarang daripada melakukan bende bende yang tak elok nie kan , lagi lagi die ajak buat kebaikan , lagi aku suke
* orang yang tak lupe member member
* orang yang bercakap leklok
* orang yang tak lupe diri
* orang yang setia :P






Aku tak suke kalau .....
* orang yang menganiaya/dajal kita
* orang yang makan makan kawan
* orang yang berbaik dgn kite sebab nak pape
* orang yang buat buat baik depan kite tapi belakang belakang kuat kutuk kite
* orang yang taktahu pape , tibe tibe masuk campur hal orang lain lepas tu g backup orang yang salah tu
* orang yang kuat buat cerita , menipu , citer meletup & seumpamanya lah kan
* orang yang bajet depan pompuan , lepas tu ++bajet kuat depan pompuan
* orang yang tek reti cakap leklok , tibe tibe tinggi suare , maki maki , blablablablabla ...
* orang yang suke mempergunakan kite
*orang yang tak ngaku kesalahan ( semua die betol je )
* orang kelam kabut satu macam
* orang suke amek kesempatan
* orang yang suke cakap " ade aku kesah " , " whatever ".
* orang yang buat bodoh apabila kita bercakap
* orang yang gay or pondan
* orang tak gune
* orang yang suke bahan orang bile die di bahan balik , merajuk


macam macam lagi , malas nak fikir dah
SEKIAN

Sunday, October 31, 2010

Sign Untuk Perokok

Hi !

Saya ingin menyatakan rasa sedih untuk rakyat satu dunia yg merokok . Aku bukan apelah cakap macam tu sebab orang sekeliling kite pun berisiko kene penyakit yang same dgn penghisap tu . Korang yang merokok nie nak ke orang tersayang hilang . Bilangan perokok kt dunia nie makin hari makin naik bukan turun dari hari ke hari .

Kerajaan dengan semua pihak bertungkus lumus fikir cara untuk kurangkan bilangan perokok , Tapi ramai jugak orang hisap rokok , lagi lagi golongan remaja walau harge die naik kaw kaw . Orang tak heran , asalkan dapat sedut .

Emm , majoriti remaja sekarang dah pandai merokok , alasan diorang " nak lepaskan tension " dah jemu aku dgr ayat tu . Orang sekeliling aku ni ha semua merokok , bagi diorang hisap rokok tu cool lah , baru macho . Haishh , aku nie kan dah lali bau rokok , tapi syukurlah bapak aku tak merokok . Korang biase dgr orang tue tue selalu larang kite hisap rokok sebab lame lame nak cube dadah pulak lagipun rokok dalam islam hukum die " haram " tapi ramai jugak hisap walaupun die tahu hukumnye .

Lagi satu kerajaan dah letak gambar gambar orang yang kene penyakit kat kepale kotak rokok PUN tak sedar lagi betape bahayanye rokok . Aku rase hisap rokok tak dapat ape ape pun , just sedut asap dan lepas macam tu je , haishh rugi betul duit terbang buat macam tu . Tauke tembakau yang kaye kau yang hisap nie makin kurang duit lagi tambah penyakit .

Aku ade sign yang sesuai untuk perokok , kalau dah ramai buat macam tu lame lame malu lah nak hisap rokok depan orang ramai , Ikut step kat bawah , amalkan selalu kt orang hisap rokok nie



* bende nie dah tersebar meluas kat iklan tv , amalkan selalu .

p/s : sorry ayat terabur and melalut melalut kelain :P

Perangai Kawan Terhadap Aku dan Perangai Aku Terhadap Kawan

Assalmualaikum kepada pembaca ,

Firstly , aku nak story sikit pasal viewpoint tajuk aku nie . Pada pandangan akulah kawan nie semakin dewasa semakin berubah , ade yang makin besar makin matang , ade yang makin besar makin jadi budak budak , macam macam boleh jadi . Tapi apakan daya kita tidak boleh mengubahnye melainkan tuan punya badan mahu mengubah diri sendiri .

Pendek cerita , aku nak cerita jenis kawan yang penah aku jumpe dan ape yg aku lakukan terhadap kawan itu :

X : Perangai kawan Y : Ape yang aku buat

X : Kawan yang jenis kuat touching
Y : Pergi mati sama kau , aku tak heran lah . Aku takkan pujuk .

X : Kawan yang jenis suke dajal / kutuk / hine / caci / maki hamun / kurang ajar
Y : Aku akan berdendam dengan kau , akan ku balas apa yang sudah dilakukan setimpal ape dgn ape aku kene . Dont worry be happy , kalau tak kene dalam mase terdekat pun takpe , lame lame pun aku balas jugak , just wait and see . Double triple kau kene !

X : Kawan yang jenis kejar hot
Y : Aku diam je dan perhatikan je tapi dalam hati berkata " kau nak hot hot nie nak buat ape ? "

X : Kawan yang makan kawan
Y : Sabar jelah " what goes around will come around " . Kalau meter kesabaran dah meletus itu menandakan berlakunya pergaduhan

X : Kawan yang bajet kuat
Y : Aku biarkan je , tapi hatiku berkata " bajet kuat je lebih tapi dalam hati ade taman jugak " .

X : Kawan yang cerita meletup a.k.a gebang
Y : Aku cerita gebang balik kat die , hahaha . Lantaklah die nak cakap ape pun , kalau die tak puas hati aku cakap jelah " kau cerita gebang boleh , apesal pulak aku tak boleh ? " .

X : Kawan yang suke cari salah orang
Y : Aku akan cakap kat die " kau salah orang nampak sangat , salah sendiri tak nampak , balik kau cermin diri kau dulu betul betul " .

X : Kawan yang jenis meminjam tak reti memulang dan kawan yang jenis pinjam barang aku , bile pulang die campak je
Y : Ohhh nie aku pantang sikit , macam macam aku rase nak buat kat orang tu . Rujuk balik 10 Perkara Aku Benci kalau nak tau lebih lanjut perkara aku tak suke , Kalau dah tau jangan buat !

X : Kawan yang jenis menunjuk
Y : Hatiku berkata " kalau kau beli bende bende nie gune duit kau takpelah jugak nak bangge , nie duit makbapak kau baik takpayah , hak tuih ! " .
p/s : jangan tiru perangai aku , sebab banyak ke arah negatif , satu hari nanti bile hati aku dah terbuka , insyallah aku akan berubah :)


emmm aku rase kawan kawan semua tak suke antare satu same lain dalam kelas betol ?
hahaha tak kesah lah , asal aku boleh hidup korang boleh hidup

Teguran Penting Dalam Kehidupan


"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
p/s : baca dan fahamkan :)
sekian.

Tuesday, October 26, 2010

Kentut ?


Holla reader ,

hari nie aku nk cerita sikit tentang kentut . Kentut tu memang lumrah hidup lah , kalau takpenah kentut tipu lah tu , tapi kentut nie byk jenis . Antaranya :

* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blurp blurp eeii geli fared".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....
korang mesti penah jumpe jenis jenis kentut mcm nie , hahaha :P
*korang yang mane agak agak ?

Monday, October 25, 2010

Lelaki Handsome Vs. Lelaki Tak Handsome


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…



aku jumpe artikel nie , mcm best je . selamat membace !
p/s: lame tak update blog :P

Thursday, October 7, 2010

Kenapa Allah Mencipta Neraka ?

salam , heyho guy .hari nie aku ade satu bende yang agak sesuai untuk di share kepade umum .emmm , pada pendapat aku budak zaman sekarang nie ramai yang berfikiran negetif .diorang mesti pernah terdetik kt kepale otak " kenape allah mencipta neraka kan ? " . Aku jumpe kertas nie pun kt dalam bilik ,aku taktahu nie milik sape , tapi aku rase artikel nie sgt sesuai di share untuk semua .aku tulis balik untuk korang

Ceritanya bermula begini ,
Alkisah ,

Dalam satu insiden , ketika operasi dijalankan sekitar tahun 2005 , seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat . Maka dia pun kene denda la , setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT , ustaz nie pun bagi la nasihat , " ... lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan . Peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran , tapi menutup aurat ni termasuk dalam perintah Allah . Ringkasnya , kalau taat segala perintahNya , takut nanti tak sempat bertaubat , bakal mendapat azab di neraka Allah . Tuhan Maha Penyayang , dia sendiri tak tahu nak campakkan diri ke dalam neraka ... " . Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri , tiba tiba membentak " Kalau Tuhan tu betul - betul baik , kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je ? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang ?" . Mungkin dari tadi dia dah panas telinga , tak tahan dengar nasihat ustaz tu ..dahla hati panas kene denda sebab dia tak pakai tudung .

Ustaz terkedu sekejap . Bahaya budak ni . Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia . Setelah habis gadis tu membebel , ustaz tu pun jawab " Dik , kalau Tuhan tak buat neraka , saya tak jadi ustaz . Berapa sen sangat gaji saya sekarang . Baik saya jadi tokey judi , atau bapa ayam .. hidup senang ,lepas mati puntak risau sebab gerenti masuk syurga . Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur . Kalau awak lari , saya bunuh je . Takpe , sebab neraka takde . Nanti kita berdua jumpe lagi kat syurga .. Tuhan kan baik ?" Gadis tu terkejut . Tergamak seorang ustaz cakap macam tu ? Sedang dia terpingga-pingga dengan muka confused . Ustaz tu pun jelaskan " perkara macam tadi akan berlaku kalau tuhan hanya sediakan syurga , orang baik mahupun orang jahat semuanya masuk syurga ...maka apa guna jadi orang baik ? Jadi orang jahat lebih seronok . Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan " lulus " percuma . Pembunuh akan jumpe orang yang dibunuh dalam syurga ...perogol akan bertemu mangsa rogol di syurga ...lepas tu boleh rogol lagi kalau die nak ...takde siapa yang akan terima hukuman . Sebab Tuhan tu " baik " .Adakah Tuhan macam ni kite nak ? Awak rase adil ke ? " tanya ustaz .

Ustaz mengakhiri kata-katanya " Adik , saya bagi nasihat kerana kasih sesama umat islam . Allah itu Maha Penyayang , tapi Dia juga Maha Adil . Sebab tu neraka perlu wujud . Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka , yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain . Saya rasa awak dah faham sekarang . Kita sedang diuji kat atas dunia ni . Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah ,maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita . Ingatlah ; semuanya dipinjamkan olehNya , sebagai amanah dan ujian ...semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya , untuk kebaikan diri kita jugak ". Assalamualaikum

baca dan hayati , kita jadikan satu pengajaran . aku bukan nak tujukan kepade sesiape . tapi untuk tujuan mengingatkan diri sendiri jugak , SEKIAN

Sunday, September 26, 2010

when I first saw you

4 April 2009 , tanpa diduga orang yang lame tak terjumpe tibe tibe muncul kt depan mate aku ,reduan hakim a.k.a wan name die ,die dah kurus ohh tekejut aku tgok .emm ,wan nie kawan aku dari sekolah rendah ,mase form 2 je die dah pindah kajang katenye ,tapi sebenarnye die pindah dkt bandar tun hussein onn .mase tu aku tak tau lagi dgn name bandar tun hussein onn .bersambung cerita td ,aku terjumpe die baru balik dari pergi bli makanan , die duduk umah makcik die hari nie .sebab tu die ajak aku pergi pavi , aku pun balik siap siap lah , bosan punye pasal , lagipun aku dah lame tak lepak dgn wan ape salahnye aku lepak dgn die hari tu ,teringat balik keadaan aku mase tu , hahahaha , mmg serabai gile lah , dgn rambut pendek ,pakai baju cikai cikai , seluar jean , kasut yang aku pakai pergi sekolah dgn banggenye keluar ke pavi .

dah sampai sane pergilah jalan jalan dgn wan . wan dgn hp takleh renggang , memanjang msg je ,taulah mase tu aku takde aweks lagi .sampai satu mase die ajak aku teman die pergi foodcourt kt pavi ( nak jumpe skandal die katenye ) aku pun ikut je die .

saat yang paling aku terkejut bile dah sampai kt foodcourt nie , bukan terkejut dgn skandal die , tapi tkejut bile jumpe budak yang aku selalu berkomen kt ms mase tu , bapak malu aku mase tu . die pun aku tengok malu jugak . haishh maklumlah aku dan "dia" selalu berkomen di alam maya sahaja tapi hari nie aku dah jumpe dia di dunia yang realiti ,dpn mate aku je dianie , aku dpt rase satu perasaan yang tak pernah aku rase selame nie .errr , hati aku dah pun berkata kata "mcm mane boleh jumpe dia nie , adui segan gile , kawan kawan die semua hot hot belake , cepat lah gerak wan ,cepatlah~ " .

mase tu aku dah taktahu nak letak muke kt mane dah , terpakse jugaklah mengharungi bende bende mcm nie untuk sekali seumur hidup , tapi aku tak jangke bende nie boleh berlaku .dah lama lama aku lepak dgn diorg , baru aku tahu diorg semua jenis open minded , pnjm hp aku selamber je main snap snap gamba , hahahaha , lepas tu bluetooth .nie aku ingat balik mmg boleh tergelak sorg sorg ,hahahaha

lps jumpe dorg kt foodcourt , kiteorang jalan jalan sekali , tibe tibe wan bukak mulut "Adhwa , Fared nak jalan sekali dgn kau" . Pehh sakit hati aku wan ckp mcm tu .tibe tibe adhwa pun dtg jalan kt sebelah aku ,dupdapdupdap jantung aku ,tergugupgagap aku dibuatnye .first first adhwa yang open dulu ,die tanye aku mcm mcm lah ,terus aku rapat dgn die , mcm dah lame kawan ,sebab die ok dgn aku , aku pun ok lah dgn die ,{ prinsip aku : kalau orang tu ok dgn kite , maka kite puhn akan ok dgn di ].

aku meneruskan perjalanan aku ke bb pulak dgn diorg ,hahaha , makin lame makin best pulak bile lpk dgn diorg yang ade mase tu , aku wan adhwa putri syafiqah . terase nak tarik balik apebende yg aku pendam nk marah kt wan tu .ehem , mase tu dorang cari tempt token kot tak silap aku , lps tu aku salah tunjuk floor , mmg kene bahan lah dgn diorg , malu ohhh .dah lame lame ok lah , kiteorg jumpe machine yg snap pic tu kan , adhwa dgn putri nak , aku pun tumpang sekaki lah ,yang wan dgn syafiqah pergi mane tah , mls aku nak ingat , tak penting dah bende tu sebab aku tgah berseronok dgn adhwa n putri ,

tidak lame kemudian syafiqah dgn wan dtg , waktu dah magrib nie , aku dgn wan terpakse pergi hantar gadis gadis td ke pavi , sebab adhwa takut ibu die tak percaye die keluar dgn siape .

mase ondaway nak ke pavi tu , adhwa nak terjatuh , heeee , aku ingat aku ingat

dah smpai kt pavi tu , aku dgn wan nak gerak pulang lah , then adhwa suruh tggu n g salam dgn ibu die dah , wah first first jumpe pun dah boleh jumpe ibu die ,bangge gile .hahahaha . penat gile aku hari tu spend time dgn dorg .tapi best gile lah , balik je rumah aku tersenyum sorg sorg mengingat peristiwa yang berlaku hari itu ,

nilah pengalaman pertama aku terjumpe gadis alam maya kt dpn mate aku sndiri ,fuhh ~ penat taip nie !

Friday, September 24, 2010

Dia Selalu Bersama Saya


aku sayang kau ,
aku takleh kalau takde kau ,
aku mesti nak kene ade kau selalu ,
kalau takde tak complete hidup aku ,
aku amat menghargai kau ,
kau selalu membuat aku merase gembira ,
kite takkan putus sampai bile bile kan ?
aku sayang kau !

wahai MINYAK CAP KAPAK a.k.a MINYAK WANGI CK

Friday, September 17, 2010

C.I.N.T.A

Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan cinta.

Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka. Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum.

Apabila cinta tidak tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.

Seseorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat.

Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, mendengar, melihat dan melepaskan tapi bagaimana kita memaafkan, mengerti, merasakan dan bertahan.

Lebih berbahaya menitiskan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.

Thursday, September 16, 2010

10 Perkara Aku Benci

1. suke mengutuk orang tapi bile orang kutuk die balik , die marah lebih lebih , rase macam tak fair
2. hine keluarge aku , pantang gile , aku rase macam nak sembelih je
3. orang yang suke menunjuk-nunjuk depan aku a.k.a bongkak atau riak
4. orang yang cakap besar , tapi tak berani buat ( cerita gebang )
5. hipokrit , benci gile orang hipokrit , go to hell lah !
6. ambik barang tanpa kebenaran lepas tu campak campak je mase nak pulang tu
7. berhutang lepas tu buat buat lupe ( kalau aku ade hutang tolong cakap ye , tak semua bende aku ingat , tolong ingat kan aku ye )
8. orang yang buat perangai taik dgn aku , mmg komfom kene penangan double triple kuase taik aku , jangan pandang rendah terhadap jambu ok ?
9. orang yang tak menghargai atas jasa baik aku ( mungkin aku diam tapi dalam hati memendam )
10. last sekali , orang yang bagi aku naik angin .

p/s : dah tau kan , sendiri mau ingat lah :)

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri !


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin , jika ada salah silap terkasar bahasa harap maafkan , lain kali buat lagi :P


SINCERELY FARED ABDULLAH 2010






Saturday, August 14, 2010

Happy Birthday to Adhwa Najaa !


With each year , I love you even more . Happy Birthday darling , sweet 16 , may god bless you !


Adhwa Najaa ♥

Wednesday, August 11, 2010

Kelebihan Ramadhan


1. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan , manakala pintu neraka pula ditutup . Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya .
2. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan . Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai .
3. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat , begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat .
4. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi .
5. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak .

Monday, August 9, 2010

Bulan Ramadhan Al-Mubarak Bakal Menjelma

pejam celik pejam celik , dah nak puase berape hari JE lagi nie then raye , pehh sekejap nye mase berjalan .kejap je rasenye nak setahun dah , tahun depan form5 ! SPM adoii , kene study hard FARED . kalau tak blaja rajin rajin nak kerja ape nanti ? tapi tuh semua tolak tepi kejap , skarang dah nak puase , banyak kan amal ibadah , tambahkan lagi pahala . semoga bulan ramadhan nie berkat limpah kurnia-Nya .

Tuesday, July 27, 2010

Life Without Rule Is Nonsense !

Aku rase hidup nie terlalu sempit , sebab banyak sangat rule @ peraturan . Tapi kite takboleh lari daripada bende nie nie semua , sebab bende nie adalah sebahagian daripada hidup kita bagi akulah , tapi korang aku taktahulah . Peraturan ini akan menjadikan kita lebih matang serta dapat mendisiplinkan diri . Tapi kan aku rase pergi mane mane pon mesti ade je peraturan kite mesti ikut .

-pergi sekolah pon ade peraturan ( nak kene kemas dari hujung rambut sampai ke hujung kaki )
-lalulintas pon ade peraturan ( bukan main lintas je bg pejalan kaki , kalau kenderaan mesti nak kene tengok lampu isyarat jugak kan )
-nak masuk universiti ade syarat jugak kan ( kalau tak pandai takkan boleh masuk 'U' kot )
-nak buat pinjaman mesti kene ikut rule die jugak ( kalau tak berbayar kan susah , tulah die tengok dulu kelayakan kite , baru die boleh bagi pinjaman )
-syarat nak kerja ( semua mesti kemas , rambut takboleh panjang , macam macam lah , mesti kene ikut kriteria yang syarikat tu nak , takkan sekolah sampai darjah 6 boleh jadi engineer kot )
-nak pilih calon bini pon bersyarat tau ( takkan kite nak main pilih je perempuan yang blablablabla kot ..... kalau mak bapak kite ade darah tinggi dengar kau nak kahwin dengan perempuan yang blablablabla tuh , allahualamusawwab , paham paham jela )

" Tak boleh ke kite diberi peluang buat ape yang kite suke tanpa syarat ? " Ohh no , taktaulah ape jadi kan . Tulah sebabnye hidup nie bersyarat dalam semua bende . Hidup tak semudah yang disangkakan !

Sahabat

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa dan kadangkala membuat kita mengalir airmata . Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa .... marah , sedih , gembira , terharu . Tetapi kita perlu sedar apabila mengenali seseorang itu adalah satu anugerah biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara . Bersyukurlah kita dengan kehadirannya kerana berkemungkinan melaluinya kita faham apa itu erti "Sebuah Persahabatan" . Terima kasih semua kerana sudi menjadi SAHABAT

Thursday, July 22, 2010

1st Time

hari nie , hari pertame aku gune blog , aku tak reti sangatlah gune bende nie ,tapi aku nak blaja jugak , sebab dari dulu aku tgok je blog orang , hari nie aku plak nak rase gune blog , tujuan aku gune blog nie bukan nak mengutuk orang , saje saje nak buat , hehehe .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...