Pages

Wednesday, August 11, 2010

Kelebihan Ramadhan


1. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan , manakala pintu neraka pula ditutup . Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya .
2. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan . Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai .
3. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat , begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat .
4. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi .
5. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...