Pages

Sunday, May 15, 2011

Edisi Khas : Selamat Hari Guru !


Assalamualaikum , sempena 16 mei ni , aku merajinkan diri meng"update" blog pasal Hari Guru sebagai tanda terima kasih kepada guru guru yang pernah mengajar walaupun aku ni nakal lah , malas nak buat kerja cikgu , ponteng kelas , terkurang ajar , terkasar bahasa , semua yang berkaitan dgn ter ter tulah , tapi itu dulu lah , sekarang semua sudah berubah , alhamdulilah , dengan berkat doa ibubapa .Pemilihan kawan yang betul jugak tak mendorong aku melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti ponteng sekolah , ponteng kelas . Aku rase menyesal sangat buat bende2 tu sebab dulu aku selalu ponteng kelas agama , dulu ustazah anti gile aku , tahun ni aku azam taknak buat bende2 tu lagi , alhamdulilah ustazah dah tak anti aku lagi , lagi2 aku bersemangat sebab ustazah dah byk bagi aku sedar , menyesal aku menyumpah cikgu dulu2 . heeee , tu dulu perkara lama , aku takkan ulang lagi , lagipun tahun ni aku nak SPM dah , bile lagi aku nak belajar betul2

terCerita panjang lebar pulak pasal perangai aku dulu2 pulak , aku sebenarnye bukan nak cerita pasal aku , tapi nak cerita pasal cikgu lah , dah kate 16mei , hari guru yang ke-40 , yeah memang betul cikgu patut diberi penghargaan sebab cikgu banyak mencurahkan ilmu kepada semua orang , lagipun pekerjaan paling mulia ialah cikgu & doctor kan kan ? So kita hargai lah jasa2 cikgu kita ni , bagi sejuk sikit hati cikgu , terima kasih kepada Cikgu Hambali (guru kelas/guru multimedia) , Cikgu Sharihan (guru mathematics) , Cikgu Azreen (guru bahasa melayu) , Cikgu Chong (guru English) , Cikgu Hafiza (guru Seni) , Ustazah Norzan (guru Agama) , Cikgu Hana (guru Science) , Cikgu Ravi (guru Sejarah) kerana sudi mencurahkan ilmu kepada aku , tak lupe jugak cikgu sekolah rendah dulu Cikgu Rozita (guru Mathematics) , Cikgu Soffiyah (guru Science yang kuat merotan) , Cikgu Asmah (guru Bahasa Melayu) , Cikgu Azreena (guru kajian tempatan) , Ustazah Hafizah (guru Agama) , Cikgu Mariana (guru Pengawas Pusat Sumber dulu) dan dan dan paling penting cikgu kesayangan mase sekolah tadika dulu Cikgu Halimah , kalau tak dulu , tak reti lah aku ABC , 123 , Alif Ba Ta . Tu semua mesti nak ingat !

Last Word from me , Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru serta jutaan terima kasih atas jasa yang ditaburkan :)

p/s : tak lupa jugak kepada >Cikgu Shida< yang sedang hot di Youtube :P

2 comments:

ainol akasyah said...

selamat hari guru, cikgu..jasamu akan dikenang

http://aaain90.blogspot.com/2011/05/ucapan-khas-hari-guru-buat-guru-di.html

fared abdullah said...

yeah , betul tu , agreed 110%

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...