Pages

Sunday, May 1, 2011

Memilih Kawan ? Penting Ke ?

Assalamualaikum , lame tak update blog nie , sebab macam2 masalah berlaku . hmmm , aku post tajuk nie sebab die berkaitan dgn masalah aku nie , berbalik kepada tajuk utama aku "Memilih Kawan ? Penting ke ?" Korang rase penting tak ? Bagi aku , penting sebabnya kalau takde kawan siapa lagi korang nak mintak pertolongan mase susah senang . TAPI kene ingat , semasa kita berkawan , kita mestilah tahu menilai kawan kawan yang kita berkawan tu baik atau sebaliknya . Kalau kt KL nie budak2 lebih mementingkan status kawan kawan itu daripada kelakuannya , sebab itulah budak2 kt KL nie banyak yang teruk2 . Diorang tahu nak kawan dengan yang hotstuff je , yang hottstuff tu pun kite taktahu asal usul die dari mane kan ? kite berkawan dgn seseorang kite mesti tahu jugak salasilah keluarga die macam mane ? Kalau bapak die pun kaki joli , normal lah anak die pun macam itu , bak kate orang dulu2 bapak borek anak rintik .


Pemilihan kawan tu penting jugak , sebab kalau kita ikut orang yang kuat iman , kita pun automatic jadi macam tu , kawan kawan ni banyak mempengaruhi kita . Kalau kt KL ni ibubapa tak ambik berat kat anak anak die , taktahu lah , KL ni bandar yang penuh dgn cabaran . Berwaspadalah dengan sikap anak anak tu , ambil tahu dgn siapa anak kite berkawan , kemana anak kita keluar .


Bagi aku kan , kite kene cari kawan kawan yang sentiasa melindungi kita , sentiasa berkongsi masalah . Itu penting sebab nanti korang takde tempat nak luahkan perasaan selain makbapak .


Lagi , korang kalau nak berkawan carilah kawan yang suka bercakap perkara yang berfaedah , lagi korang kenelah cari kawan kawan yang suka menghalang daripada kita melakukan kemungkaran , kawan yang suka memberi pendapat untuk kebaikan , dan kawan kawan yang bijak menyelesaikan perselisihan faham


Carilah kawan yang baik akhlaknya , baik budi bahasanya , baik perlakuannya . Carilah kawan yang memahami diri kita dan sentiasa membawa kita ke jalan yang diredhai Allah . Kawan mungkin kita boleh dapat beribu2 . Tapi di dalam beribu itu , belum tentu ada yang sudi menjadi betul2 kawan kan ?


Kita mesti tahu juga jika kita mahukan kawan yang benar2 , kita juga perlu bentuk diri kita menjadi contoh yang baik kepada orang lain . Insyaallah , sekiranya kita berjaya mendidik diri menjadi orang yang baik , maka sudah tentu kita akan dikurniakan kawan yang baik juga. Insyaallah . Amin .


P/S : banyak nie point macam mane nak cari kawan yang betul2 kawan . kalau korang boleh dapat kesemua yang mcm di atas tu insyaallah korang akan berjaya suatu hari nanti , emm sorrylah takde gamba2 , aku tahu korang bosan tgok tulisan je , aku tgah takde idea sangat2 nie , harapp maaf ye

1 comment:

valrypadley said...

Borgata Hotel Casino & Spa - Dr. Maryland
Find the 안동 출장샵 Borgata 인천광역 출장안마 Hotel 전라북도 출장마사지 Casino & Spa in Maricopa, 영천 출장샵 AZ & reviews by real guests, 제주도 출장마사지 free and redoing their rooms or directories.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...