Pages

Monday, October 25, 2010

Lelaki Handsome Vs. Lelaki Tak Handsome


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…



aku jumpe artikel nie , mcm best je . selamat membace !
p/s: lame tak update blog :P

Thursday, October 7, 2010

Kenapa Allah Mencipta Neraka ?

salam , heyho guy .hari nie aku ade satu bende yang agak sesuai untuk di share kepade umum .emmm , pada pendapat aku budak zaman sekarang nie ramai yang berfikiran negetif .diorang mesti pernah terdetik kt kepale otak " kenape allah mencipta neraka kan ? " . Aku jumpe kertas nie pun kt dalam bilik ,aku taktahu nie milik sape , tapi aku rase artikel nie sgt sesuai di share untuk semua .aku tulis balik untuk korang

Ceritanya bermula begini ,
Alkisah ,

Dalam satu insiden , ketika operasi dijalankan sekitar tahun 2005 , seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat . Maka dia pun kene denda la , setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT , ustaz nie pun bagi la nasihat , " ... lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan . Peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran , tapi menutup aurat ni termasuk dalam perintah Allah . Ringkasnya , kalau taat segala perintahNya , takut nanti tak sempat bertaubat , bakal mendapat azab di neraka Allah . Tuhan Maha Penyayang , dia sendiri tak tahu nak campakkan diri ke dalam neraka ... " . Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri , tiba tiba membentak " Kalau Tuhan tu betul - betul baik , kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je ? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang ?" . Mungkin dari tadi dia dah panas telinga , tak tahan dengar nasihat ustaz tu ..dahla hati panas kene denda sebab dia tak pakai tudung .

Ustaz terkedu sekejap . Bahaya budak ni . Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia . Setelah habis gadis tu membebel , ustaz tu pun jawab " Dik , kalau Tuhan tak buat neraka , saya tak jadi ustaz . Berapa sen sangat gaji saya sekarang . Baik saya jadi tokey judi , atau bapa ayam .. hidup senang ,lepas mati puntak risau sebab gerenti masuk syurga . Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur . Kalau awak lari , saya bunuh je . Takpe , sebab neraka takde . Nanti kita berdua jumpe lagi kat syurga .. Tuhan kan baik ?" Gadis tu terkejut . Tergamak seorang ustaz cakap macam tu ? Sedang dia terpingga-pingga dengan muka confused . Ustaz tu pun jelaskan " perkara macam tadi akan berlaku kalau tuhan hanya sediakan syurga , orang baik mahupun orang jahat semuanya masuk syurga ...maka apa guna jadi orang baik ? Jadi orang jahat lebih seronok . Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan " lulus " percuma . Pembunuh akan jumpe orang yang dibunuh dalam syurga ...perogol akan bertemu mangsa rogol di syurga ...lepas tu boleh rogol lagi kalau die nak ...takde siapa yang akan terima hukuman . Sebab Tuhan tu " baik " .Adakah Tuhan macam ni kite nak ? Awak rase adil ke ? " tanya ustaz .

Ustaz mengakhiri kata-katanya " Adik , saya bagi nasihat kerana kasih sesama umat islam . Allah itu Maha Penyayang , tapi Dia juga Maha Adil . Sebab tu neraka perlu wujud . Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka , yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain . Saya rasa awak dah faham sekarang . Kita sedang diuji kat atas dunia ni . Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah ,maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita . Ingatlah ; semuanya dipinjamkan olehNya , sebagai amanah dan ujian ...semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya , untuk kebaikan diri kita jugak ". Assalamualaikum

baca dan hayati , kita jadikan satu pengajaran . aku bukan nak tujukan kepade sesiape . tapi untuk tujuan mengingatkan diri sendiri jugak , SEKIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...