Pages

Monday, May 23, 2011

Rakyat Malaysia perlu kurangkan SMS !!!



Assalamualaikum , hari ni nak cerita sikit pasal kecacatan yang dialami oleh segelintir rakyat malaysia . Bukan sengaja nak buat post memburukkan rakyat malaysia , tapi aku tulis sebab betul benda ni mmg dah jadi fenomena kat Malaysia kan ? Aku memang dah lame nak tulis pasal post ni sebab nak menyatakan ketidakpuashatian kepada segelintir rakyat malaysia yang begini , aku mintak maaf sangat sangat kalau reader ni terasa ke ape kan . I want tell the truth .

Lagi satu aku dah pernah tengok ade blogger dah post tajuk macam ni , mintak maaf ye kalau marah post saya sama dgn mane2 blogger ke ? Sebab ini je tajuk sesuai nak letak untuk luahan hati aku kepada segelintir rakyat malaysia ni .
Peace no War !

Kita sendiri boleh melihat dengan mata kita yang dianugerahkan oleh tuhan , macam mane rakyat Malaysia hantar SMS . Ade orang yang menyatakan ketidakpuashatian die melalui tumblr die . Sila tengok gambar di bawah


Ini dah jelas menunjukkan bukan aku seorang je yang benci orang gune short form sampai mengarut ngarut tahap gaban ! Ya Allah cuba lah eja tu elok elok sikit , macam baru belajar mengeja pun ade , macam tak cukup sifat pun ade aku tengok , bukan nak tujukan kat mane mane pihak lah , kadang kadang kita pun buat salah juga , mane ade manusia tak pernah buat salah . Emm , tak faham sungguh lah , cuba eja full ? takde masalah kan ? Lain lah kau pakai #Nokia 3310 , sebab yang tu huruf die terhad 160 je , tu kene faham lah .

Lagi satu contoh kat bawah ni , dipetik dari Facebook , ini bukan tujuan mengaibkan orang , tapi gambar ni dijadikan sebagai contoh tahap penulisan rakyat malaysia , gambar ni pun dipetik dari Tumblr .

(click untuk tumbesaran)


Emm , setakat ni jelah contoh , lagi banyak contoh lagi malas orang nak bace , lagi satu lagi sakit hati aku tengok post ni nanti sebab tulis bende yang aku tak suke

Akhir kata , Mintak maaf bebanyak kepada sesiapa yang terasa , aku takde niat nak menyinggung mane mane pihak , aku pun tak perfect eja eja ni , tapi tak seteruk contoh kat atas , peace no gaduh gaduh :)

p/s : yang tak faham bahasa tu layak pakai yang ni je kot ? hehe , gurau je :P

Friday, May 20, 2011

Perbezaan Menonton Movie Dekat Cinema & Mononton Movie dekat PC


As Salamualaikum ! hari ini aku nak cerita sikit perbezaan menonton movie kat cinema dgn menonton movie kt PC , beza tak ? berbeza dari segi view die je & situation die je , tapi cerita die same tak boleh berubah dah , so dah dapat beza kan ? hehe :) kita kongsikan bersama



Emm , kalau tengok movie kat cinema ni memang feeling , sebab :
- screen besar kalah size tinggi dinding rumah kite
- happening kalau tengok movie yg comedy ramai2 sebab pecah perut gelak
- excited tengok sebab nak tunggu ending die
- sound effect yang gile kuat seolah olah kite pun ade dlm cerita tu
- tak boleh press button fast foward ke ape , harap bersabo jelah


papehal pun yang ni kalau menonton movie dekat PC



- screen lebih kecil berbanding cinema
- bunyi yang bercampur aduk
- gambar tak lawa , menyebabkan tak selera nak tengok
- selalu tersangkut sangkut , kacau feeling kalau tegok movie yang jenis cintan cintun
- kalau download yang gambar curi kt cinema tu , mulelah nampak kepale orang
- lagi satu tengok kt rumah kalau sape yang duduk dgn family , mulelah memekak kan ?
- kalau tengok kt Pc mulelah gatal tangan nak fast forward semua


Berdasarkan perbandingan aku buat ni , aku dah buat pilihan , aku nak tgok cerita Fast Five kt cinema , orang ramai kate best , mase tu teringin nak tegok cerita Kongsi , tapi tak best pulak orang ramai kate , so Fast Five lah jawab nye *wink wink


Sunday, May 15, 2011

Edisi Khas : Selamat Hari Guru !


Assalamualaikum , sempena 16 mei ni , aku merajinkan diri meng"update" blog pasal Hari Guru sebagai tanda terima kasih kepada guru guru yang pernah mengajar walaupun aku ni nakal lah , malas nak buat kerja cikgu , ponteng kelas , terkurang ajar , terkasar bahasa , semua yang berkaitan dgn ter ter tulah , tapi itu dulu lah , sekarang semua sudah berubah , alhamdulilah , dengan berkat doa ibubapa .Pemilihan kawan yang betul jugak tak mendorong aku melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti ponteng sekolah , ponteng kelas . Aku rase menyesal sangat buat bende2 tu sebab dulu aku selalu ponteng kelas agama , dulu ustazah anti gile aku , tahun ni aku azam taknak buat bende2 tu lagi , alhamdulilah ustazah dah tak anti aku lagi , lagi2 aku bersemangat sebab ustazah dah byk bagi aku sedar , menyesal aku menyumpah cikgu dulu2 . heeee , tu dulu perkara lama , aku takkan ulang lagi , lagipun tahun ni aku nak SPM dah , bile lagi aku nak belajar betul2

terCerita panjang lebar pulak pasal perangai aku dulu2 pulak , aku sebenarnye bukan nak cerita pasal aku , tapi nak cerita pasal cikgu lah , dah kate 16mei , hari guru yang ke-40 , yeah memang betul cikgu patut diberi penghargaan sebab cikgu banyak mencurahkan ilmu kepada semua orang , lagipun pekerjaan paling mulia ialah cikgu & doctor kan kan ? So kita hargai lah jasa2 cikgu kita ni , bagi sejuk sikit hati cikgu , terima kasih kepada Cikgu Hambali (guru kelas/guru multimedia) , Cikgu Sharihan (guru mathematics) , Cikgu Azreen (guru bahasa melayu) , Cikgu Chong (guru English) , Cikgu Hafiza (guru Seni) , Ustazah Norzan (guru Agama) , Cikgu Hana (guru Science) , Cikgu Ravi (guru Sejarah) kerana sudi mencurahkan ilmu kepada aku , tak lupe jugak cikgu sekolah rendah dulu Cikgu Rozita (guru Mathematics) , Cikgu Soffiyah (guru Science yang kuat merotan) , Cikgu Asmah (guru Bahasa Melayu) , Cikgu Azreena (guru kajian tempatan) , Ustazah Hafizah (guru Agama) , Cikgu Mariana (guru Pengawas Pusat Sumber dulu) dan dan dan paling penting cikgu kesayangan mase sekolah tadika dulu Cikgu Halimah , kalau tak dulu , tak reti lah aku ABC , 123 , Alif Ba Ta . Tu semua mesti nak ingat !

Last Word from me , Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru serta jutaan terima kasih atas jasa yang ditaburkan :)

p/s : tak lupa jugak kepada >Cikgu Shida< yang sedang hot di Youtube :P

Sunday, May 1, 2011

Memilih Kawan ? Penting Ke ?

Assalamualaikum , lame tak update blog nie , sebab macam2 masalah berlaku . hmmm , aku post tajuk nie sebab die berkaitan dgn masalah aku nie , berbalik kepada tajuk utama aku "Memilih Kawan ? Penting ke ?" Korang rase penting tak ? Bagi aku , penting sebabnya kalau takde kawan siapa lagi korang nak mintak pertolongan mase susah senang . TAPI kene ingat , semasa kita berkawan , kita mestilah tahu menilai kawan kawan yang kita berkawan tu baik atau sebaliknya . Kalau kt KL nie budak2 lebih mementingkan status kawan kawan itu daripada kelakuannya , sebab itulah budak2 kt KL nie banyak yang teruk2 . Diorang tahu nak kawan dengan yang hotstuff je , yang hottstuff tu pun kite taktahu asal usul die dari mane kan ? kite berkawan dgn seseorang kite mesti tahu jugak salasilah keluarga die macam mane ? Kalau bapak die pun kaki joli , normal lah anak die pun macam itu , bak kate orang dulu2 bapak borek anak rintik .


Pemilihan kawan tu penting jugak , sebab kalau kita ikut orang yang kuat iman , kita pun automatic jadi macam tu , kawan kawan ni banyak mempengaruhi kita . Kalau kt KL ni ibubapa tak ambik berat kat anak anak die , taktahu lah , KL ni bandar yang penuh dgn cabaran . Berwaspadalah dengan sikap anak anak tu , ambil tahu dgn siapa anak kite berkawan , kemana anak kita keluar .


Bagi aku kan , kite kene cari kawan kawan yang sentiasa melindungi kita , sentiasa berkongsi masalah . Itu penting sebab nanti korang takde tempat nak luahkan perasaan selain makbapak .


Lagi , korang kalau nak berkawan carilah kawan yang suka bercakap perkara yang berfaedah , lagi korang kenelah cari kawan kawan yang suka menghalang daripada kita melakukan kemungkaran , kawan yang suka memberi pendapat untuk kebaikan , dan kawan kawan yang bijak menyelesaikan perselisihan faham


Carilah kawan yang baik akhlaknya , baik budi bahasanya , baik perlakuannya . Carilah kawan yang memahami diri kita dan sentiasa membawa kita ke jalan yang diredhai Allah . Kawan mungkin kita boleh dapat beribu2 . Tapi di dalam beribu itu , belum tentu ada yang sudi menjadi betul2 kawan kan ?


Kita mesti tahu juga jika kita mahukan kawan yang benar2 , kita juga perlu bentuk diri kita menjadi contoh yang baik kepada orang lain . Insyaallah , sekiranya kita berjaya mendidik diri menjadi orang yang baik , maka sudah tentu kita akan dikurniakan kawan yang baik juga. Insyaallah . Amin .


P/S : banyak nie point macam mane nak cari kawan yang betul2 kawan . kalau korang boleh dapat kesemua yang mcm di atas tu insyaallah korang akan berjaya suatu hari nanti , emm sorrylah takde gamba2 , aku tahu korang bosan tgok tulisan je , aku tgah takde idea sangat2 nie , harapp maaf ye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...