Pages

Tuesday, March 27, 2012

Maju Kehadapan


Assalamualaikum ,
Dah sekian lame aku tak update blog yang sudah bersawang ni , aku mengambil kesempatan untuk meng-update blog ni disamping memenuhi masa lapang .

Sekarang ni dah hujung bulan Mac , maknenya aku dah tak update lebih kurang 4 bulan start masa SPM yang lepas sampai hari ini . Dalam masa 4 bulan ni macam-macam benda dah aku tempuh dan macam-macam pengalaman aku dapat . Dalam tempoh tu aku dapat mengenal serba sedikit erti kehidupan sebenar , dalam masa yang sama jugak aku cuba untuk mematangkan diri sendiri sebelum menghadapi kehidupan yang sebenar. . 
Kalau nak tulis kat sini , memang tak berkesempatan lah . Aku just nak tulis yang mane penting jelah . Emm , dalam masa 4 bulan ni macam-macam aku dah tempuh . Contohnya , aku sangat pressure kerja kat Customer Service Department kat Parkson Pavilion , macam-macam ragam customer . Kerja kat situ mentality memang kena kuat gile lah , sebab nak berhadapan dengan customer yang kadang-kadang OK & kadang-kadang K.O . Itu satu hal lah , yang ni pulak pasal kawan-kawan . Jujurlah aku dah banyak hilang kawan , kebanyakannye diorang yang buat hal , lepas tu salah nampak kat aku , ape boleh buat , terima jelah semua tu walaupun aku agak kecewa dengan perangai-perangai diorang . Kat sini aku dah boleh menilai lah perangai diorang ni macam mane . Tapi aku dah banyak kali dah kena macam ni , takde orang yang faham situasi aku ni , orang mampu dengar je kalau aku cerita . Start daripada kes-kes ni semua , aku dah nekad , aku kena berhat-hati pilih kawan . Sebab aku ni jenis nak berkawan lama , lagi satu perangai aku , kalau orang buat baik dengan aku , aku buat baik balik .Lepas ni aku akan berpegang pada prinsip "When we makes friends its about quality not quantity". Betul tak ? Kalau kawan ramai-ramai pun , tapi semua tak boleh time kite susah tak guna jugak , better kita nilaikan dari segi quality bukan dari segi quantity . Aku nak buat macam ni bukan sebab aku sombong , tapi kite kena fikir jauh , aku jugak taknak hilang kawan lagi , cukuplah , yang dah lepas tu lepas , bak kate mat saleh "Past is Past" so kita boleh "Forget the past".

Cerita-cerita tu semua dah berlaku , lagipun dunia ni tak boleh diundurkan masa . Ini aku tulis sekadar luahan aku untuk diri sendiri je . Bagi aku benda-benda tu semua boleh jadi pembakar semangat aku . Lepas ni aku boleh lebih positif , berfikiran profesional & maju ke hadapan !

P/s : Result SPM aku takdelah teruk sangat , cuma ade satu je D , yang lain tu A , B & C haha :P

Tuesday, November 22, 2011

#05 Wordless Wednesday | Goodbye

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang description

nak tahu lebih lanjut

Monday, November 14, 2011

Chill


Fuhh , first day examination feel like arghhh , very disappointed today but I was lucky because my love is always with me . She's going to calm me down . Im feel better now . Thanks a lot my dear .

Tomorrow is another chance , do the best Fared!

p/s : tomorrow I will sit for English paper, so I try to practice to update a blog in English. Ignore if you do not like . and so sorry my blog is more to diaries

Friday, November 11, 2011

Ucapan Terakhir Sebelum SPM

Assalamualaikum ,

   Aku di sini ingin mengucapkan selamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia kepada seluruh pelajar tingkatan 5 yang mengambil peperiksaan ini , aku mengambil kesempatan untuk meminta maaf atas segala kesalahan jika ada terlanjur kata , bergurau yang menyakitkan hati (well you know me). Halalkan segala ilmu yang dicurahkan atau apa-apa benda yang belum dihalalkan lagi . Semoga dipermudahkan & tenang semasa menjawab soalan . Buat yang terbaik ok terutama kepada yang rapat dengan aku , aku doakan yang terbaik untuk korang , boleh berjaya sama-sama nanti .
----------------------------------------------------------------------------------
View Dewan Exam

Semoga tempat ini akan meninggalkan 1001 kenangan

WP029A088 fuhh 8A , amin

Pusat WP029 , semoga membawa seribu kejayaan kepada aku dan yang lain

kelas ni memang buruk rupa die , tapi itu semua tak penting , yang penting aku nak buat TERBAIK
*diharap dapat dijadikan kenangan abadi dalam hidup aku
----------------------------------------------------------------------------------
Gambar Kelas 5 Multimedia 2011

5 Multimedia di Makmal Komputer

Classmate 5 Multimedia yang rock

Gambar Latest all boy

Jantan 5 Multimedia

semoga menjadi ingatan kepada semua , lepas ni aku comfirm semua akan rindu zaman sekolah . Rindu nak tinggal zaman sekolah ni sebenar-benarnya , dah tak boleh gelak sama-sama , dah tak lepak makan sama-sama masa rehat . Nak menangis post blog untuk kali ni :((

5 Multimedia
-Izuddin
-Amir Ilham
-Aiman
-Hafizi
-Faizal
-Khidir
-Najib
-Alif
-Fatin Fazera
-Amira Shafiqah
-Afiqah
-Shifa'
-Era Arika
-Sathesh
-Poonarasu
-Edwin
-Wai Kit
-Wai Hong

aku ingat korang ni , tapi korang jangan lupe aku pulak!
----------------------------------------------------------------------------------

Thursday, November 3, 2011

Sijil Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum ,


First sekali aku nak cakap yang aku rindu kat blog aku ni , dah lame sangat tak buka , al-maklumlah nak dekat SPM ni . Taknak cerita panjang pasal benda lain , just nak ingatkan diri sendiri pasal hari besar yang bakal tiba tak lama je lagi ni . Emm , aku sebenarnya takut untuk menghadapi SPM ni , tapi nak buat macam mane , setiap orang pasti melalui benda yang sama . Mintak-mintak semua berjalan dengan lancar , tapi aku takut menyesal masa ambil result nanti , sebab aku dah banyak buang masa daripada belajar , so far sekarang ni aku dah mula sedar & aku baru terhegeh-hegeh isi masa lapang dengan study je . Tapi aku rase dah agak terlambat aku sedar ni , tapi macam mane pun hidup ni kena teruskan jugak walau banyak masalah mendatang .


Buat masa sekarang ni aku agak pening kepala memikirkan macam-macam benda . Lagi satu aku asyik terfikir plan lepas habis sekolah je banyak , benda ni sangat mengganggu tumpuan aku . Lagi satu benda yang selalu sangat bermain kat fikiran aku aku ni "macam mana lah lepas habis sekolah nanti , masing-masing dengan haluan sendiri" . Semua akan menghilangkan diri ? Semua dah takde gelak sama-sama ? Oh tidak ! aku tak boleh terima semua tu , perit kot semua benda tu . Arghhh .....

Lepas SPM ni aku bercadang nak sambung balik dunia berblogging , itupun kalau rajin & tak busy . Aku rase nak buat blog bentuk peribadi , dah taknak bagi orang bace :P *konon

Akhir kata ,
Semoga berjaya kepada semua calon yang bakal menduduki SPM 2011!

Wednesday, September 14, 2011

#04 Wordless Wednesday | Halus


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang description

nak tahu lebih lanjut

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum kepada semua , saya di sini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam terutamanya kepada saudara mara terdekat , guru-guru , blogger-blogger dan rakan-rakan , saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua andai terkasar bahasa , tersilap cakap , termarah yang tak kena , tertanya tak tentu hala , tersasul cakap , terpukul kat mana-mana , termoody , terumpat bila-bila . Semoga dimaafkan zero-zero balik okay! Kire burn lah ye

Serangkap pantun mengakhiri ucapan aku ni ye :

Sungai disusur sehari-hari ,
Dalam gelap menangkap ikan ,
Saya menyusun sepuluh jari ,
Salah dan silap harap maafkan .

Yang Ikhlas ,
Fared Abdullah

Wednesday, August 24, 2011

#03 Wordless Wednesday | Edisi Raya

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang description

nak tahu lebih lanjut

Thursday, August 18, 2011

Definisi Talam Dua Muka

Assalamualaikum semua , hari ni aku nak share sikit pasal talam dua muka ni sebab ada kaitan dengan kehidupan seharian aku ni . Aku bukan nak cerita pasal sesiapa ok , aku nak share pendapat je kat sini .

Alkisah , manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya . Sebab ape aku cakap merbahaya? Satu sifat paling ketara tentang talam dua muka ini ialah pandai bermuka-muka . Manusia yang menutupi raut wajahnya yang menyimpan 1001 rahsia ditutupi dengan topeng . Di depan kita dia baik , tetapi dalam masa yang sama di depan kita jugak .

Ada jugak yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin . Jenis macam ni memang banyak dalam dunia sekarang ini . Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan . Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Ya , selalu , setiap hari , setiap masa . Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari . Ya , kadangkala terpaksa disebabkan orang sekeliling pun berperangai sebegitu dan aku jugak tak nak orang kecil hati dengan aku disebabkan benda yang kita tak suka dia buat , kita terpaksa simpan di dalam hati , buat-buat macam tiada apa-apa yang berlaku , aku jugak cuba sedaya upaya elakkan perangai yang hina sebegini sebab kita dianggap munafik .

Manusia talam dua muka ni sebenarnya memang tak boleh dipercayai langsung sebab di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita , habis satu dunia dia buat cerita itu ini kat kita . Talam dua ini sama jugakmacam hipokrit , suka menipu untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam , orang macam ni boleh dianggap munafik . Jangan main-main , taki it serious . Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji . Sikap orang sekarang hmm

Talam muka memang pandai mengambil kesempatan melalui tipu muslihatnya dengan berselindung disebalik raut muka yang baik , tapi allahualam . Kadangkala kita juga boleh dipergunakan oleh orang-orang yang sedemikian kerana terpedaya dengan lakonannya . Sifat talam dua muka ni jugak boleh memecah belah kan perpaduan antara satu sama lain .


p/s : so renung-renungkanlah tentang perbuatan Talam Dua Muka ni . Jangan wujudkan sifat ni dalam diri & dalam kehidupan seharian , aku tak tujukan kepada sesiapa , tetapi bersama mengingati benda yang perlu kita jauhi ni .

Monday, August 15, 2011

Cara Menunggu Waktu Berbuka


Assalamualaikum kepada semua para pembaca sekalian , hari ini sudah 15 hari umat Islam berpuasa , aku pun telah membuat pemerhatian berkaitan aktiviti golongan penggemar laman sosial khusunya kaki online sementara menunggu waktu berbuka puasa . Rasanya korang pun mesti pernah buat jugak macam ni

1. Main #Hashtag kat Twitter
keseronokan bermain Twitter akan membuatkan kita tak tengok jam , lagi-lagi tengah seronok main #hashtag yang tengah trending macam #alasanBreakUp , #replacebandnamewithbangla , #replacemoviesnamewithbacon dan lain-lain lagi , hashtag ni memang buat kita tak ingat dunia lah , ade yang dok tweet sampai limit , padan muke .

2. Karaoke kat Youtube
melalak kat youtube nak test suara sendiri yang merdu tu . Diorang suka karaoke kat youtube sebab best , lagi-lagi ade lirik , takdelah salah lirik , boleh feeling-feeling sikit . Boleh #ss hahaha , orang bukan tahu pun . Lagi satu tempat nak karaoke yang best kat >KaraokeParty< , kat web ni boleh tahu ranking kita sama ada suara kita sedap ke sedak .

3. Update Blog
ramai jugak blogger yang ambil kesempatan sementara tunggu waktu berbuka . Lepas tu kalau dah ready untuk publish diorang kebiasaannya akan publish masa sebelum/selepas berbuka puasa . Buktinya , lepas aku berbuka , aku online je ramai blogger yang post update terbaru kat group-group blogger masing-masing .

Bagi yang kita tak nampak diorang online tu mesti diorang .....

4. Tidur
melakar peta dunia atas bantal diiringi mimpi-mimpi indah . Bila waktu berbuka je baru nak bangun , ishishish


p/s : Enjoy reading ! Aku nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Adhwa Najaa , Mohamad Syaifuddin & Mohamad Nazrin hari ini ! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki :)

Wednesday, August 10, 2011

#02 Wordless Wednesday



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang description

nak tahu lebih lanjut

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian , pertama sekali aku nk ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak esok , diingatkan kepada sahabat yang beragama islam dalam tingkatan 5 , tahun ini memang tak boleh enjoy sangat sebab lepas cuti raya je dah start trial SPM , fening fening .

#blogdahbersawang

Saturday, July 2, 2011

Maksud Nama Nama Jenama Kereta

BMW: Brings Me Women.

LEXUS: Luxury EXports to United States.

FIAT: Failure in Italian Automotive Technology.

FORD: For Only Romantic Drivers

HYUNDAI: Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive.

VOLVO: Very Odd Looking Vehicular Object.

KIA: Kills In Accidents

OPEL: Old People Enjoying Life

TOYOTA: The One You Only Trust, Always

PROTON: Powerwindow Rosak Oooh Tidakk Ohhhh Noooo

p/s : article copy paste je , credit to >syok.org<

Sunday, June 19, 2011

Segmen Khas

Assalamualaikum ,

heeee kita lihat siapa yang bertuah , akhirnya baru sampai follower ke-100 , saya masih baru lagi dalam dunia blogging ni , teruja jugak lah baru mencapai 3 angka follower , terima kasih >daty<




p/s : saya amat menghargai semua follower saya :)

Saturday, June 18, 2011

Makna Kepercayaan

Assalamualaikum ,

Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan.

Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.

Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.


Sepatah dua kata daripada aku berkaitan dengan post kali ini - untuk mendapatkan kepercayaan tak semudah yang kita sangkakan , bagi aku kalau kita terlalu percayakan orang lain pun kadangkala memakan diri kita jugak . Disebabkan itu aku tak percaya 100% kat kawan walaupun aku baik dgn seseorang , al maklumlah hati manusia senang berubah ubah . Akhir kata , kawan yang kita anggap baik kadang kadang macam buah oren , luar cantik dalam masam , yang jahat macam durian , luar tajam dalam manis yang bermaksud orang luaran nya baik tidak semestinya dalaman dia baik , orang yang muka dia brutal tapi hati dia taman , lebih kurang macam tu lah :)

p/s : sorry takde gambar , aku tahu kalau tengok pada penulisannya amat membosankan , tapi kalau korang bace korang akan faham ape maksud yang tersirat ape yang aku cuba sampai kan

Sekian

Thursday, June 16, 2011

Selamat Hari Jadi Aiman & Hafizi yang ke-17


Selamat Hari Jadi Aiman & Hafizi
semoga panjang umur murah rezeki
semoga mencapai cita cita
semoga tak meniru gune pembaris lagi bagi hafizi
kurangkan berangan bagi aiman

hehe :)

Wednesday, June 15, 2011

#01 Wordless Wednesday

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang description

nak tahu lebih lanjut

Monday, May 23, 2011

Rakyat Malaysia perlu kurangkan SMS !!!



Assalamualaikum , hari ni nak cerita sikit pasal kecacatan yang dialami oleh segelintir rakyat malaysia . Bukan sengaja nak buat post memburukkan rakyat malaysia , tapi aku tulis sebab betul benda ni mmg dah jadi fenomena kat Malaysia kan ? Aku memang dah lame nak tulis pasal post ni sebab nak menyatakan ketidakpuashatian kepada segelintir rakyat malaysia yang begini , aku mintak maaf sangat sangat kalau reader ni terasa ke ape kan . I want tell the truth .

Lagi satu aku dah pernah tengok ade blogger dah post tajuk macam ni , mintak maaf ye kalau marah post saya sama dgn mane2 blogger ke ? Sebab ini je tajuk sesuai nak letak untuk luahan hati aku kepada segelintir rakyat malaysia ni .
Peace no War !

Kita sendiri boleh melihat dengan mata kita yang dianugerahkan oleh tuhan , macam mane rakyat Malaysia hantar SMS . Ade orang yang menyatakan ketidakpuashatian die melalui tumblr die . Sila tengok gambar di bawah


Ini dah jelas menunjukkan bukan aku seorang je yang benci orang gune short form sampai mengarut ngarut tahap gaban ! Ya Allah cuba lah eja tu elok elok sikit , macam baru belajar mengeja pun ade , macam tak cukup sifat pun ade aku tengok , bukan nak tujukan kat mane mane pihak lah , kadang kadang kita pun buat salah juga , mane ade manusia tak pernah buat salah . Emm , tak faham sungguh lah , cuba eja full ? takde masalah kan ? Lain lah kau pakai #Nokia 3310 , sebab yang tu huruf die terhad 160 je , tu kene faham lah .

Lagi satu contoh kat bawah ni , dipetik dari Facebook , ini bukan tujuan mengaibkan orang , tapi gambar ni dijadikan sebagai contoh tahap penulisan rakyat malaysia , gambar ni pun dipetik dari Tumblr .

(click untuk tumbesaran)


Emm , setakat ni jelah contoh , lagi banyak contoh lagi malas orang nak bace , lagi satu lagi sakit hati aku tengok post ni nanti sebab tulis bende yang aku tak suke

Akhir kata , Mintak maaf bebanyak kepada sesiapa yang terasa , aku takde niat nak menyinggung mane mane pihak , aku pun tak perfect eja eja ni , tapi tak seteruk contoh kat atas , peace no gaduh gaduh :)

p/s : yang tak faham bahasa tu layak pakai yang ni je kot ? hehe , gurau je :P

Friday, May 20, 2011

Perbezaan Menonton Movie Dekat Cinema & Mononton Movie dekat PC


As Salamualaikum ! hari ini aku nak cerita sikit perbezaan menonton movie kat cinema dgn menonton movie kt PC , beza tak ? berbeza dari segi view die je & situation die je , tapi cerita die same tak boleh berubah dah , so dah dapat beza kan ? hehe :) kita kongsikan bersama



Emm , kalau tengok movie kat cinema ni memang feeling , sebab :
- screen besar kalah size tinggi dinding rumah kite
- happening kalau tengok movie yg comedy ramai2 sebab pecah perut gelak
- excited tengok sebab nak tunggu ending die
- sound effect yang gile kuat seolah olah kite pun ade dlm cerita tu
- tak boleh press button fast foward ke ape , harap bersabo jelah


papehal pun yang ni kalau menonton movie dekat PC



- screen lebih kecil berbanding cinema
- bunyi yang bercampur aduk
- gambar tak lawa , menyebabkan tak selera nak tengok
- selalu tersangkut sangkut , kacau feeling kalau tegok movie yang jenis cintan cintun
- kalau download yang gambar curi kt cinema tu , mulelah nampak kepale orang
- lagi satu tengok kt rumah kalau sape yang duduk dgn family , mulelah memekak kan ?
- kalau tengok kt Pc mulelah gatal tangan nak fast forward semua


Berdasarkan perbandingan aku buat ni , aku dah buat pilihan , aku nak tgok cerita Fast Five kt cinema , orang ramai kate best , mase tu teringin nak tegok cerita Kongsi , tapi tak best pulak orang ramai kate , so Fast Five lah jawab nye *wink wink


Sunday, May 15, 2011

Edisi Khas : Selamat Hari Guru !


Assalamualaikum , sempena 16 mei ni , aku merajinkan diri meng"update" blog pasal Hari Guru sebagai tanda terima kasih kepada guru guru yang pernah mengajar walaupun aku ni nakal lah , malas nak buat kerja cikgu , ponteng kelas , terkurang ajar , terkasar bahasa , semua yang berkaitan dgn ter ter tulah , tapi itu dulu lah , sekarang semua sudah berubah , alhamdulilah , dengan berkat doa ibubapa .Pemilihan kawan yang betul jugak tak mendorong aku melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti ponteng sekolah , ponteng kelas . Aku rase menyesal sangat buat bende2 tu sebab dulu aku selalu ponteng kelas agama , dulu ustazah anti gile aku , tahun ni aku azam taknak buat bende2 tu lagi , alhamdulilah ustazah dah tak anti aku lagi , lagi2 aku bersemangat sebab ustazah dah byk bagi aku sedar , menyesal aku menyumpah cikgu dulu2 . heeee , tu dulu perkara lama , aku takkan ulang lagi , lagipun tahun ni aku nak SPM dah , bile lagi aku nak belajar betul2

terCerita panjang lebar pulak pasal perangai aku dulu2 pulak , aku sebenarnye bukan nak cerita pasal aku , tapi nak cerita pasal cikgu lah , dah kate 16mei , hari guru yang ke-40 , yeah memang betul cikgu patut diberi penghargaan sebab cikgu banyak mencurahkan ilmu kepada semua orang , lagipun pekerjaan paling mulia ialah cikgu & doctor kan kan ? So kita hargai lah jasa2 cikgu kita ni , bagi sejuk sikit hati cikgu , terima kasih kepada Cikgu Hambali (guru kelas/guru multimedia) , Cikgu Sharihan (guru mathematics) , Cikgu Azreen (guru bahasa melayu) , Cikgu Chong (guru English) , Cikgu Hafiza (guru Seni) , Ustazah Norzan (guru Agama) , Cikgu Hana (guru Science) , Cikgu Ravi (guru Sejarah) kerana sudi mencurahkan ilmu kepada aku , tak lupe jugak cikgu sekolah rendah dulu Cikgu Rozita (guru Mathematics) , Cikgu Soffiyah (guru Science yang kuat merotan) , Cikgu Asmah (guru Bahasa Melayu) , Cikgu Azreena (guru kajian tempatan) , Ustazah Hafizah (guru Agama) , Cikgu Mariana (guru Pengawas Pusat Sumber dulu) dan dan dan paling penting cikgu kesayangan mase sekolah tadika dulu Cikgu Halimah , kalau tak dulu , tak reti lah aku ABC , 123 , Alif Ba Ta . Tu semua mesti nak ingat !

Last Word from me , Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru serta jutaan terima kasih atas jasa yang ditaburkan :)

p/s : tak lupa jugak kepada >Cikgu Shida< yang sedang hot di Youtube :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...